Apa sebenarnya BBS Bootcamp ni?
Kelas online 3 hari (2, 5 & 6 Okt 2026) di Zoom. Anda setup sendiri: connect WhatsApp Official, train Chatbot Ai, dan hantar kempen blast pertama. Bukan kelas tengok slide.
Berapa yuran dan apa saya dapat?
Solo RM97 (asal RM197), Team 3 orang RM150 (asal RM307). Termasuk 3 sesi live, lifetime rakaman, lifetime WhatsApp group support, GPT Prompt Designer dan template chatbot.
Betul ke blast ni selamat dari banned?
Kita guna WhatsApp Official (Verified by META) — jalur rasmi, bukan app cloning. Template disemak Meta dahulu, quality rating boleh dipantau, limit naik ikut rekod. Jujur cakap tiada siapa boleh jamin 100%; yang kami ajar ialah cara elak customer report anda.
Saya tak reti teknikal. Boleh ikut?
Boleh. Diajar step by step dari sifar, sambil buat. Kalau tersangkut, angkat tangan dalam sesi atau tanya dalam group selepas kelas.
Kalau saya tak boleh hadir live macam mana?
Rakaman penuh 3 sesi (±9 jam) kekal milik anda. Tonton semula bila-bila, pause dan buat sambil ikut.
Perlu ada database dulu ke?
Digalakkan. Boleh mula dengan customer lama, leads lama atau senarai dalam Excel. Kalau database masih kecil, anda tetap dapat sistem chatbot untuk closing chat harian.
Kena beli tools lain tak?
Anda perlukan akaun Wabot dan akses WhatsApp Official. Cara daftar dan connect ditunjuk dalam kelas. Kos mesej dibayar terus kepada Meta ikut penggunaan.
Berapa kos mesej Meta?
Bergantung jenis template (marketing atau utility) dan volume. Dalam Hari 1 kami tunjuk cara kira kos dan cara dapat template utility yang lebih murah.
Nombor WhatsApp saya sekarang boleh guna?
Boleh, tapi nombor yang dah aktif dalam WhatsApp biasa perlu dilepaskan dahulu. Lebih selamat guna nombor baharu — kami terangkan pilihan terbaik untuk kes anda.
Sesuai untuk bisnes saya ke?
Sesuai untuk ecom, dropship, servis, agensi, NGO — mana-mana bisnes yang closing dalam WhatsApp. Trainer kami dah bina chatbot untuk 60+ jenis industri.
Chatbot Ai ni akan bunyi robotik tak?
Tak, kalau prompt betul. Kami ajar cara tulis prompt ikut cara closing anda sendiri, plus GPT Prompt Designer yang tulis draf untuk produk anda.
Berapa lama sebelum saya nampak result?
Kempen pertama anda dihantar dalam Hari 3 — jadi anda nampak delivered, read dan reply pada hari yang sama. Sales bergantung pada tawaran dan database anda.
Bagaimana kalau saya tak puas hati?
Jaminan pulangan wang 100%. Join semua sesi, dah cuba buat, tapi Meta tak benarkan guna — emel team support dalam 30 hari selepas kelas mula, kami pulangkan duit anda.
Boleh bawa staff atau partner?
Boleh. Pakej Team untuk 3 orang RM150 — semua dapat akses live, rakaman dan group support.
Macam mana nak daftar?
Tekan mana-mana butang “Book slot”, pilih pakej Solo atau Team, dan lengkapkan pembayaran. Butiran Zoom dan group WhatsApp dihantar melalui WhatsApp sebelum sesi pertama.