Ada berita menarik untuk semua pengguna Wabot! 🚀
Kami baru saja melancarkan beberapa update terbaru yang mungkin anda tak sangka boleh buat kerja jadi lebih mudah.
Nak tahu apa yang membezakan ciri-ciri ini dari yang lain?
Baca artikel ini untuk ketahui bagaimana fungsi-fungsi terkini ini boleh membantu anda berinteraksi dengan prospek dengan lebih efisien.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri dan rasai perbezaannya!
1. Free OpenAI Key
Kami belanja OpenAI Key percuma untuk semua pengguna Wabot, termasuk akaun trial. Dengan key ini, anda boleh terus mula setup chatbot AI tanpa perlu risau tentang kos tambahan.

Senang & jimat!
Tak perlu lagi daftar akaun OpenAI atau topup duit sendiri.
2. Audio Transcription

Pernah hadapi prospek yang lebih suka hantar voice note daripada menaip mesej? Tak perlu risau lagi!
Dengan chatbot AI Wabot, setiap voice note boleh ditranskripsikan dan difahami oleh AI. Jadi, AI boleh terus balas mesej prospek dengan tepat.
Tak perlu dengar semula setiap voice note. Segalanya lebih cepat, tepat, dan mudah. Padu, kan?
3. Image Recognition

Feature ini sangat berguna bila prospek atau pelanggan perlu hantar gambar, seperti bukti pembayaran atau gambar produk.
AI bukan sahaja mampu memahami dan menganalisis gambar yang dihantar, malah boleh ekstrak data penting terus dari gambar tersebut.
Jimat masa anda untuk buat keputusan, dan respons kepada prospek jadi lebih pantas!
4. Hantar Supporting Materials

Penat asyik jawab soalan yang sama berulang kali? Kini, tak perlu lagi!
Dengan fungsi ini, anda boleh set AI untuk hantar dokumen, gambar, atau video secara automatik bila prospek minta.
Contohnya, bila ada prospek minta sijil KKM, testimoni, atau sijil halal, AI akan terus hantar maklumat tersebut tanpa anda perlu buat secara manual.
5. Auto Follow Up

Follow-up prospek dengan lebih bijak menggunakan dua pilihan ini
- Smart Follow Up: AI akan tentukan masa yang sesuai untuk follow-up prospek berdasarkan perbualan terakhir. Jadi, peluang untuk prospek terlepas makin berkurang!
- Force Follow Up: Anda boleh set sendiri masa dan mesej follow-up, memastikan tiada prospek yang terlepas dari radar anda.
6. Human Agent Transfer

Risau kalau ada soalan yang AI tak boleh jawab? Jangan bimbang!
Fungsi Human Agent Transfer membolehkan AI memberitahu team anda bila memerlukan bantuan manual.
Selain itu, AI juga boleh alihkan perbualan kepada team bila pelanggan dah buat bayaran. Mudah untuk pastikan proses jualan berjalan lancar dari awal hingga selesai.
7. Chatbot Input Delay

Untuk buat chatbot AI nampak lebih natural, kami tambah fungsi ini supaya AI akan menunggu prospek habis menaip sebelum membalas mesej mereka.
Interaksi dengan AI jadi lebih tenang dan tak nampak macam “robot” yang terlalu cepat. Lebih mesra dan sesuai dengan cara berkomunikasi pelanggan.
8. Custom Tools

Ada sistem lain yang ingin disambungkan dengan Wabot? Fungsi Custom Tools ini memudahkan integrasi antara Wabot dan sistem lain seperti Google Sheets.
Apa sahaja data yang anda perlukan, AI boleh tarik masuk atau hantar keluar, selagi sistem tersebut ada API.
Lebih fleksibel, lebih banyak potensi untuk automasikan proses anda.
Sertai Kelas WhatsApp Chatbot AI Percuma
Nak tahu lebih lanjut cara guna fungsi-fungsi ini?
Sertai kelas WhatsApp Chatbot AI percuma kami dan pelajari bagaimana anda boleh automasikan bisnes anda dengan lebih berkesan! 🎓
Klik butang di bawah untuk mendaftar:
Jumpa anda di sesi kelas nanti! 🚀
Dengan artikel ini, semoga anda dapat memahami kelebihan fungsi terbaru Wabot dan bagaimana ia boleh membantu anda automasikan bisnes dengan lebih lancar!