What's New Wabot · November 2026

Selalu terlupa follow-up lead? Atau dah closing, tapi pelanggan masih dapat mesej susulan?

Lead tak terlepas. Pelanggan tak rimas.

Wabot hantar follow-up ikut jadual, dan berhenti sendiri bila dah closing. Tengok demonya secara live dalam What’s New Wabot November.

Demo live · Percuma · 1 jam

TARIKHKhamis, 26 November 2026
MASA10.00–11.00 pagi
PLATFORMLive di Zoom

Apa yang berubah

Dulu vs Sekarang

DuluSekarang
Kena ingat sendiri siapa perlu di-follow-up.AI follow-up berjalan ikut urutan dan masa yang ditetapkan.
Pelanggan yang dah closing masih dapat mesej susulan.Follow-up berhenti bila lead capai goal.
Kena cari chat yang belum dibalas satu per satu.Tab Unreplied dan Follow Up dalam Live Chat.
Staf kena tanya pelanggan semula.Staf terima gambar dan fail asal bila chat diserahkan.

Kenapa sertai

Jualan selalu terlepas di peringkat follow-up?

01

Lead tak jadi beli sebab follow-up terlupa

Lead tanya harga, kemudian senyap. Bila kerja banyak, susulan tertangguh atau terlupa terus.

02

Pelanggan rimas terima mesej berulang

Pelanggan dah closing, tapi masih dapat mesej susulan yang sama.

03

Chat penting tenggelam

Chat yang belum dibalas bercampur dengan ratusan chat lain, jadi ada pelanggan yang tertunggu.

Dua demo utama

Apa yang anda akan tengok secara live

DEMO UTAMA · AI FOLLOW-UP01

Follow-up yang tahu bila nak berhenti

Susulan berjalan sendiri, dan berhenti bila lead capai goal.

Pelanggan tanya harga, kemudian senyap. Follow-up 1 dan 2 dihantar ikut masa yang ditetapkan. Bila dah closing dan staf hantar “pembayaran diterima”, follow-up seterusnya berhenti.
  • Setiap kondisi ada siri follow-up sendiri, dengan masa dan mesej berbeza.
  • Follow-up berhenti bila lead capai goal, jadi pelanggan tak rimas.
  • Bonus: automation Google Sheet dan WooCommerce kini boleh dibina melalui arahan kepada ChatGPT atau Claude.
TARIKAN KEDUA · LIVE CHAT02

Inbox Live Chat yang lebih pintar

Nampak terus chat yang belum dibalas dan belum ada pemilik.

Admin buka tab Unreplied, cari chat ikut perkataan “harga” dan ambil chat yang belum ada pemilik. Bila chat diserahkan, staf terima gambar dan fail yang pelanggan hantar sebelum itu.
  • Tab Follow Up dan Unreplied.
  • Carian ikut isi mesej, bukan nama atau nombor sahaja.
  • Staf terima gambar dan fail pelanggan bersama serahan chat.

Topik sesi

8 update, dalam 3 kumpulan

Kami susun 8 update bulan ini ikut apa yang ia bantu dalam bisnes anda.

Jangan terlepas jualan

  • AI Follow-Up yang berhenti bila lead capai goal.
  • Direct Send untuk akaun Official, bila WhatsApp sudah aktifkan (bukan untuk marketing).

Layan pelanggan lebih pantas

  • Live Chat dengan tab Follow Up dan Unreplied.
  • Staf terima gambar dan fail asal bila chat diserahkan.
  • Chatbot boleh baca PDF imbasan dan semak stok WooCommerce.

Urus lebih mudah

  • Susun semula step automation dengan mudah.
  • AI (ChatGPT atau Claude) boleh bina automation Google Sheet dan WooCommerce.
  • Chat lama tak hilang bila akaun WhatsApp Web di-disconnect. Media Live Chat disimpan sehingga 90 hari.

Untuk siapa & hasil sesi

Kenal pasti fungsi yang relevan untuk bisnes anda

Sesi ini sesuai untuk anda yang…

  • Ada lead atau pelanggan yang perlu di-follow-up melalui WhatsApp.
  • Guna Wabot dan nak tahu apa yang baharu bulan ini.
  • Belum aktif guna Wabot? Demo guna contoh bisnes harian, bukan istilah teknikal.

Apa yang anda akan dapat?

  • Demo live, bukan sekadar slide.
  • Tahu fungsi mana sesuai untuk bisnes anda.
  • Soal jawab terus dengan team Wabot.

Daftar sesi live percuma

Jom tengok apa yang baharu dalam Wabot.

Daftar percuma. Link Zoom dan group WhatsApp diberi selepas pendaftaran.

TARIKHKhamis
26 November 2026
MASA10.00–11.00 pagi
PLATFORMLive di Zoom · Percuma
PENDAFTARAN SESI LIVE
Langkah 1 daripada 617%

Ke mana kami nak hantar maklumat sesi anda?

Masukkan nombor WhatsApp aktif untuk maklumat sesi. Selepas pendaftaran, pautan group dan Zoom tersedia pada halaman pengesahan.

Langkah 2 daripada 633%

Sejauh mana anda menggunakan Wabot sekarang?

Wajib. Pilih satu.

Langkah 3 daripada 650%

Apakah jenis bisnes atau organisasi anda?

Wajib. Pilih satu.

Langkah 4 daripada 667%

Apakah cabaran utama anda dalam mengurus pelanggan melalui WhatsApp?

Wajib. Pilih satu.

Langkah 5 daripada 683%

Topik mana yang paling anda mahu fahami dalam sesi ini?

Wajib. Pilih sekurang-kurangnya satu, maksimum dua.

Langkah 6 daripada 6100%

Sikit lagi! Lengkapkan maklumat anda.

Nama penuh dan emel diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran.

Soalan lazim

Sebelum anda mendaftar.

Adakah sesi ini berbayar?

Tidak. Penyertaan sesi live ini percuma.

Saya belum guna Wabot. Boleh join?

Boleh. Sesi ini terbuka dan percuma, dan demo guna contoh bisnes harian.

Adakah semua fungsi sudah boleh digunakan?

Ya. Semua update dalam sesi ini sudah live. Sesetengah fungsi ada syarat pelan atau jenis akaun.

Adakah semua pelan boleh guna fungsi ini?

Bergantung pada pelan dan jenis akaun. AI Follow-Up untuk pelan Plus ke atas. Tab Follow Up dan Unreplied, carian ikut isi mesej dan assign chat dalam Live Chat untuk pelan Plus, Premier dan Platinum (di dashboard web). Direct Send untuk akaun Official pada pelan Plus ke atas, bila WhatsApp sudah aktifkan untuk akaun tersebut.

Follow-up berhenti sendiri untuk semua jenis pembelian?

Belum. Follow-up berhenti bila lead capai goal yang anda tetapkan. Contohnya, bila staf hantar mesej yang mengandungi frasa seperti “pembayaran diterima”, goal ditanda tercapai dan follow-up seterusnya dibatalkan. Goal dan frasa ini perlu disediakan dahulu. Order WooCommerce belum dikira sebagai goal.

Ini kelas setup penuh ke?

Bukan. Fokus sesi ialah update dan demo.